
วันจันทร์ที่ 19 ตุลาคม พ.ศ. 2552
DOA SEORANG SOLEHAH

วันอังคารที่ 6 ตุลาคม พ.ศ. 2552
cintai dirimu..wahai muslimahku.


assalamualaikum..kepada sahabat-sahabat semua..semoga dalam keadaan sihat sentiasa..lama sangat saya tak update blog ini..memandangkan sekarang saya banyak kerja yang perlu dilaksanakan..Alhamdulillah walau apapun dapat juga saya menulis sepatah dua kata.sebenarnya diri ini tak berapa sihat,ada selsema sikit,biasalah dah nak masuk musim sejuk ni macam-macam berubahan yang berlaku dan yang akan berlaku.kuliahpun sudah buka,jadi kena menyibukkan diri dengan muhadharah..ok lah..semoga sahabat semua dalam rahmat dan redha Ilahi sentiasa,teruskan perjuangan hingga keakhirnya..
akhir kata sebagai peringatan buat diri ini dan juga sahabat-sahabat..lakukan yang terbaik demi ALLAH dan UMMAH kerana kejayaan kita adalah permulaan islam seluruhnya..
วันอังคารที่ 10 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2552
MUTIARA KATA HASAN AL-BASHRI


MANUSIA IBARAT BULATAN?

วันพุธที่ 19 พฤศจิกายน พ.ศ. 2551
DIMANA DIA DAN KAMU


DIMANA DIA.. orang yang teguh pada jalan ALLAH ketika sebahagian manusia didalam kesesatan..
DIMANA DIA..orang yang memikul risalah daripada ALLAH dan tidak mengenal erti penat lelah..
DIMANA DIA..orang yang bangun pada lewat malam ketika sebahagian manusia sedang bermimpi indah..
DIMANA DIA..orang yang berpuasa pada sianghari yang amat panas ketika orang ramai sedang makan dengan penuh selera..
DIMANA DIA..orang yang tidak meninggalkan risalahNYA ketika orang ramai tidak juga meninggalkan perkara yang tidak berfaedah..
DIMANA DIA..orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan juga hari pembalasan..
DIMANA DIA..orang yang cintakan ALLAH cintakan RASULLULLAH lebih daripada cintanya terhadap kedua ibu bapa dan juga keluarga..
DIMANA DIA..orang yang suka menjadi tangan atas daripada tangan bawah..
DIMANA DIA..orang yang hatinya menangis apabila melihat saudara seaqidah dihina dan dipermainkan..
DIMANA DIA..orang yang membela diri, keluarga dan ummah supaya selamat daripada api neraka..
DIMANA DIA..orang yang selalu berdoa agar dimatikan dalam medan yang berjuangkan agama ALLAH..
DIMANA KAMU..orang yang menjaga kehormatan diri dan maruah untuk insan yang telah ALLAH tetapkan..
DIMANA KAMU..orang yang mendidik anak-anak untuk menjadi setitis darah untuk menghidupkan bangsa..
DIMANA KAMU..orang yang selalu berdoa supaya suami dan anak-anak dapat berjuang pada jalan ALLAH..
DIMANA KAMU..orang yang membahagiakan suami setiap kali suaminya menmandang terhadapnya..
DIMANA KAMU..orang yang tidak pernah mengumpat kepada suami apabila suami tidak ada..
DIMANA KAMU..orang yang tidak pernah tunduk terhadap masyarakat jahiliah ketika orang ramai mengatakan bahawa itu baik..
DIMANA KAMU..orang yang sentiasa kejutkan suami untuk berqiamullail..
DIMANA KAMU..orang yang hati sentiasa berkorban dan airmata akan megalir tatkala dengar ayat-ayat suci..
DIMANA KAMU..orang yang sentiasa mencetuskan semangat kepada suami ketika dia penat didalam kerja-kerja untuk islam..
วันพฤหัสบดีที่ 23 ตุลาคม พ.ศ. 2551
DUA YANG BERBEZA

วันอังคารที่ 21 ตุลาคม พ.ศ. 2551
MATHEMATICS OF LIFE

jalan-jalan kenal Bangkok (1)

วันพฤหัสบดีที่ 2 ตุลาคม พ.ศ. 2551
SALAM AIDULFITRI

วันเสาร์ที่ 20 กันยายน พ.ศ. 2551
Mencari tenang dicelah kesibukan..


hakikat seorang pejuang Islam, dirinya akan sentiasa disibukkan dengan bebanan amanah dakwah. Di mana-mana pun,tanggungjawab menegakkan agama ALLAH tidak akan terlepas dari dirinya. Kita melihat dengan penuh keinsafan bahawa Islam kini dipersendakan dan dipinggirkan, dusturnya diremeh temehkan, syiarnya hanya tinggal perlambangan, sedang izzah sebenar Islam tidak mampu ditonjolkan. Justeru sebagai mukmin sejati, antara sifat utama yang perlu ada pada dirinya adalah sensitif terhadap permasalahan ummah. merasa diri tercuit dan terpukul tatkala sahabat seaqidah dipermainkan.
Lataran kita telah berbaiah untuk setia bersama perjuangan, kita perlu melalui denai dan lorong yang gelap lagi susah. Kerja mengembalikan kedaulatan ummah bukan senang bicara yang terungkap, tuntutan perjuangan memaksa kita untuk berpenat dan bersusah. Kita belum kembali ke medan sebenar, tapi cukup medan latihan ini menjadi gelanggang untuk kita mulakan langkah menyusuri jejak Rasullullah. Seringkali kita terpaksa merelakan waktu-waktu luang kita berlalu kerana orang lain, tiada lagi istilah waktu keemasan untuk bersantai atau berehat dari kamus kehidupan kita.
Sesekali menyuluh dasaran diri.....kita sebenarnya mempunyai terlalu banyak kepincangan. Jika sahabat antara mereka yang sibuk menginfakkan diri, tenaga dan masa fisabilillah, renungkanlah diri barang seketika, teliti dan selidikilah hati yang kadang kala kita abaikan. Kekasih kita Rasullullah pernah menyuarakan:
"tetaplah seorang hamba itu dalam kebaikan
selagi mana hatinya menjadi penasihat untuknya"
Sebenarnya jika diselidiki, Rasullullah yang menjadi model kehidupan ummat merupakan manusia yang paling sibuk. Tugas mendidik ummat terpikul di pundak baginda, mad'u baginda bukan seorang dua, malah amanah dakwah kepada semua manusia lain. Ujian untuk baginda pula bukan seperti kita. Baginda ditekan dan diuji sehinggakan penduduk bumi seolah-olah tidak menerima baginda lagi. Namun itulah yang dinamakan hukum alam, betapa setiap detik kehidupan baginda mengandungi hikmat buat kita generasi kemudian. Rasullullah terhina dan terluka, tapi baginda masih boleh berlaku rahmat dan kembali kepada yang maha pengasih. Baginda tenang dicelah kegawatan, bahagia ditengah derita dan ujian.
Hati kita tentu perlu mengimpikan ingin menjadi setabah Rasullullah dalam doa munajat kita pada tuhan kita mesti memohon dikurniakan tempias kesabaran baginda, kerana kita penyambung perjuangan yang diwariskan tetapi kitakah pemilik ketabahan dan kesabaran itu?
Sabar bukan setakat mainan kata, kadang-kadang bibir mampu menuturkan kalimah sabar tapi hati kita kalah dan luluh dengan ujian tuhan, seolahnya tidak meredhai ketentuan. Mengapa kita tidak seperti Rasullullah, atau setidaknya jiil salafussoleh yang tertarbiah di madrasah nabawiyyah baginda?
Betapa kita perlu mengikut qudwah baginda, malah segenap ruang kehidupan perlu sinonim dengan amalan Rasullullah. Rasullullah berjuang penuh keikhlasan, Rasullullah berjuang penuh kejuhudan, Rasullullah kembalikan tawakal pada Ar-Rahmankita.....?? Ikhlaskah diri andainya kerja sering diungkit.
Kita mungkin mengatakan nawaitu kita dalam beramal hanya mutlak pada ALLAH, tapi mampukah kita bulatkan tajarrud bila ujian datang bertandang? Kita juga barangkali mampu seiring cergas, terikat dengan panduan ukhuwah tatkala sama-sama disatu soff, namun bila diuji dengan sedikit kelebihan dan kedudukan, mampukah tunduk pada rumput yang melata di bumi bila diri sudah mencapai kilauan di langit tinggi? Hakikat ikhlas akan tergambar bila dipuji dan cela tiada beza bagi kita, bila kuantiti kerja tetap sama walau dimana kedudukannya.
Kita juga sering menuturkan ingin berkorban sepenuhnya untuk perjuangan. tetapi bila sesekali masalah perjuangan bertembung dengan masalah peribadi, mana yang kita dahulukan?hakikatnya, kita jiwa-jiwa yang masih sayangkan tenaga dan hartanya. Disaat ini, kembali nilaian intima kita dijalan ini,adakah kita dikalangan mereka yang intima secara kebetulan tanpa menyedari peranan, atau kita intima secara sedar dan menyuluh dengan pandangan mata hati.
Bagaimana ketenangan akan dititipkan sekiranya diri kita masih tidak ketahuan? Ujian yang datang dirasa seolah-olah seperti batu besar yang menghempap badan, sedangkan itu hakikat tarbiyyah dan penasihat dari ALLAH.
Seandainya kita adalah orang yang paling sibuk kita sepatutnya merupakan orang yang paling tenang, kerana jiwa kita tertarbiyyah dengan taujihad dan peringatan langsung dari ALLAH. Ketenangan akan hadir bila kita mampu kembali susah dan senang kita pada Nya.
Peruntukkanlah satu ruang khusus untuk bersendirian merintih pada tuhan, sumber ketenangan adalah ALLAH, dan ia hanya akan diberikan kepada mereka yang tidak putus-putus meminta.
Sekiranya Rasullullah menjadi solat sebagai Qurratul Ain dan peluang untuk berehat dari segala keresahan dunia, kita juga perlu begitu. Hanya wasilah taqarrub dan keintiman kita dengan ALLAH akan menentukan istiqomah kita dijalan ini. Kita mungkin mampu menjadi pemimpin yang hebat dimata manusia, kita mungkin mampu mengatur strategi dan perencanaan melebihi orang lain, tapi kita tidak pasti nilaian kita disisi ALLAH. Sekiranya kita disisi manusia dipandang tinggi, biarlah nama kita juga harum seperti di kalangan penduduk langit, biarlah kita diseru dan biarlah kita ini yang sentiasa diminta pemgampunan oleh para malaikat. Biarlah kita menjadi hamba yang sebenar-benar hamba, tunduk dan patuh pada pencipta.
Dhaifnya manusia, ia terkadang tunduk pada emosi dan naluri melebihi ketundukannya kepada ALLAH kerana itu keresahan dan kegelisahan yang menghuni hati.
Justeru, jadikanlah segala gerak kerja kita sebagai wasilah memperoleh ketenangan. Memang kesibukan bertali arus, memang kepenatan tidak berkesudahan, tapi tetaplah tersenyum zahirkan ketabahan. Kita sebenarnya diberi hadiah oleh ALLAH untuk mengumpul pahala darinya. Tak terasakah beruntungnya kita??
Teruslah memujuk hati agar bermujahadah melawan nafsu yang inginkan kerehatan. Mujahadah yang berterusan akan melahirkan kemanisan, dan kemanisan itulah ketenangan yang dicampakkan ALLAH kedalam jiwa hamba-hambanya yang terpilih. Muda-mudahan kita adalah salah seorang diantara mereka.
:Ummi Sakinah
วันอังคารที่ 16 กันยายน พ.ศ. 2551
BUNGA DALAM RIBUT


bunga dalam ribut..
kuatkanlah...walaupun terasa sakit dengan ujian dan cabaran
bunga dalam ribut..
sabarlah...walaupun terasa penatlelah dengan ribut yang melanda
ribut kejahatan tidak dapat buat apa-apa terhadap bunga kebaikan
pada suatu hari..semua akan hilang dan musnah...
tidak meniggalkankan kesan apa-apa..selain kasihanbelas sahajalah yang kamu dapat tahu.
bunga dalam ribut..sabarlah kerana ALLAH tahu..bahawa kamu sabar untuk apa?
biarpun hari ini kita melihat bunga kebaikan telah dipijak,dimusnah setiap masa
kita dapat lihat lagi..orang sabar atas jalan orang yang mengatakan tidak...sehingga hari terakhir
วันจันทร์ที่ 15 กันยายน พ.ศ. 2551
RAMADHAN penasihat yang telah pergi.


วันอาทิตย์ที่ 14 กันยายน พ.ศ. 2551
warkah pertama annuur..

Alhamdulillah.. syukur kepada pencipta yang maha agung, dengan nikmat iman dan islam. yang memberi kesempatan untuk saya meluangkan masa untuk mencipta blog yang tidak seberapa ini.sebenarnya saya bukannya seorang yang pandai menulis,tambah-tanbah lagi menulis dalam bahasa melayu.saya kurang dalam berbicara dengan bahasa melayu,kerana asalsul saya bukan malaysia tetapi negara yang berdekatan dengan malaysia,cuba teka negara apa yer?singapura ?brunie?kamboja?jawapannya.. THAILAND negara yang sekarang boleh dikatakan tidak aman nak banding dengan negara-negara lain.tapi ..insyaALLAH.. ALLAH sentiasa bersama dengan hamba-hambanya walaupun dimana anda berada..yakin dan yakin.
sekarang saya sedang bercuti di thailand lagi,insya ALLAH akan bertolak kembali kemesir pada bulan sebelasni(doakan saya).banyak program semasa bercutini.syukur sangat-sangat dapat bersama keluarga tersayang.boleh bantu mereka dalam apa perkara yang mampu kita bantu.kepada kakak-kakak,adik-adik dan yang sangat penting kepada mama saya.
banyak perkara yang dapat saya selesaikan mengikut apa yang saya rancang sebelum balik ketanah thailand.apapun syukran jazilan kepada sahabat pengunjung semua yang meluangkan masa untuk membaca warkah pertama saya yang tidak seberapa ini...jemput-jemput ziarah rumah ini selalu..wassalam..




.: itudia istana,tak dapat masuk harini :.
.: sekitar luar kawasan istana :.
