วันอังคารที่ 10 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2552

MANUSIA IBARAT BULATAN?


Manusia ibarat bulatan, mempunyai banyak perspektif dapat dilihat, terdapat 360 darjah untuk mengenali seseorang.tetapi ramai yang berhenti sekadar 1 darjah sahaja, mereka terus memikirkan keseluruhannya tanpa mengkaji sehingga cukup 360 darjah.

Justeru, melabelkan apa yang jelas kelihatan tanpa mengenali keseluruhannya akan menjadikan seseorang induvidu berfikiran negatif...tetapi apabila seseorang itu terus mengelilingi bulatan hingga akhir, darjah demi darjah sehingga berhenti diakhirnya, dan menukar arah pusingan supaya dapat mengetahui yang tersirat;mereka akan berkata bahawa bukan seperti yang difikirkan, berubah dari tafsiran awal.

Oleh itu, untuk mengenal seseorang, cubalah mengelilingi bulatan hingga keakhirnya.baru kita ketahui bahawa seseorang individu itu mempunyai banyak perspektif yang berbeza dapat dilihat,bukan kita terus mentafsir seseorang setakat zahir atau mula2 perkenalan itu sahaja...kerana seseorang yang kita kenal itu lebih baik daripada apa yang kita sangkakan sebelum ini...









ไม่มีความคิดเห็น: