วันพฤหัสบดีที่ 23 ตุลาคม พ.ศ. 2551

DUA YANG BERBEZA


1. Orang ( yang dikatakan ) fikir pendek

2. Orang ( yang mengatakan diri ) fikir panjang


mereka berdua adalah sahabat sekelas,sama-sama ambil jurusan undang-undang disebuah universiti..pada waktu rehat,mereka berdua dapat berjumpa dan sempat berbual:


orang fikir pendek : apabila kamu tamat belajar nanti,kamu nak buat apa?

orang fikir panjang : kitakan belajar undang-undang,saya mahu jadi perdana menteri wanita
yang pertama dinegara ini.saya nak tangkap semua ahli politik yang
tak adil dalam masalah ini.. biar tak tinggal seorang pun!!

orang fikir pendek : nampak sangat bagus..tetapi..islam tak sokong wanita jadi pemimpin tau.

orang fikir panjang : kamuni..datang dari hutan ke!! sebab orang fikiran macam kamulah..
negara jadi tak maju.sekarang wanita dah sama taraf dengan lelaki tau.!

orang fikir pendek : kalau macamtu..masa naik bas,lelaki tak payah lagi bagi tempat duduk
untuk perempuan...kan?

orang fikir panjang : ah..mana boleh macam tu..lelakikan kaum yang kuat nak banding
dengan wanita,kenalah korban untuk perempuan.

orang fikir pendek : ye ke? ( lepas tu nak sama taraf macammana )

orang fikir panjang : kamu sudah belajar..nak buat apa?

orang fikir pendek : Insya Allah,apabila saya habis belajar.saya nak kerja apa saja yang tidak
tentangan dengan ajaran islam,biarla dapat gaji murah pun.kalau
kahwin,saya nak henti kerja,tinggal dirumah untuk menjaga anak-anak
saya.

orang fikir panjang : kamu nak berhenti kerja!! tinggal dirumah mengasuh anak ke! kenapa
fikiran kamu sangat pendek macamni..

orang fikir pendek : 0_# ???? fikir pendek ke? macammana..

orang fikir panjang : saya cadang la...baik kamu cari pengasuh untuk jaga anak kamu tu
nanti !

orang fikir pendek : ditakdirkan pengasuh anak saya..orangnya kurang berakhlak,solatpon
kadang-kadang..lagi..mana anak saya akan dapat kasihsayang daripada
ibunya sendiri?pengasuh dengan ibu sendiri sangat beza jagaannya..
saya mahu anak saya membesar dalam acuan islam dan juga
penuh kasihsayang..

orang fikir panjang : kamu nak jaga anak..lepastu biarkan suami kamu yang berkerja
sorang-sorang?saya rasa tak cukup untuk sara hidup keluarga kamu tu.

orang fikir pendek : rizki itu kan adalah kerja Allah,kalau kita fikir tak cukup..memang tak
cukup.boleh jadi saya akan buat perniagaan kecil-kecilan dirumah
untuk meringankan beban suami saya.

orang fikir panjang : kamu telah usaha belajar sampai ijazah..dah la habis duitpun banyak,
masa lagi yang telah habiskan..bukannya sekejap! nak jadi penjual kedai
runcit saja ke..saya rasa baik kamu berhenti belajar sekarang danterus
kahwin sekarang..lebih baik!!

orang fikir pendek : erm...memang betul,tapi saya fikir..kalau saya belajar sampai darjah
enam saja..nanti anak-anak saya tanya soalan tentang tasawuf,saya
mampu ke bagi jawapan itu,kalau anak tanya soalan tentang metrik,
soalan untuk menyelesaikan fragment macammana,boleh ke saya
menjawab..dan solan yang lain-lain lagi..
orang fikir panjang : lepastu...kamu tak fikir untuk nak bantu negara dan masyarakat
kamu ke !!

orang fikir pendek : saya membina manusia yang berkualiti..membina insan mithali..
itu..tak berguna lagi ke..

.:wallahu aalam:.

annuur says : kepada sahabat..sahabat akan memilah siapa diantara berdua ini.cuba fikir
dan fikir yer..jumpa lagi pada masa yang lain..salamah...(^_^)

ไม่มีความคิดเห็น: