วันจันทร์ที่ 15 กันยายน พ.ศ. 2551

RAMADHAN penasihat yang telah pergi.




Ramadhan yang telah pergi..

daridapa khutbah hari jumaat 25 ramadhan 1426

oleh : Ustaz Ashari Reang prath.

tidak beberapa hari lagi,Ramadhan akan meninggalkan kita.apa perasaan anda?
Para sahabat Rasulullah akan bersedih kerana Ramadha akan meninggalkan mereka.para sahabat ingin Ramadhan bersamanya sampai satu tahun.kerana mereka tidak pasti pada Ramadhan yang akan datang,mereka masih lagi di bumi ALLAH ini dan tidak lagi bersua dengan Ramadhan Almubarak.sekaligus para sahabat akan merasa gembira dan suka dengan menyambut kedatangan Syawal yang akan mengganti Ramadhan.

kitapun mesti akan merasa seperti sahabat-sahabat baginda Rasullullah dan orang-orang ramai,tetapi jangan pula perasaan kita jadi terbalik dengan merasa gembira dan suka apabila bulan Ramadhan akan pergi dan sangat sedih dengan tinggalnya Ramadhan yang telah lepas.

pada bulan Ramadhan,kita akan merasakan ada sesuatu penambahan dalam kehidupan kita seharian.seperti kita boleh melaksanakan ibadah puasa sampai sebulan,kita boleh baca Al-quran,kita boleh datang kemasjid atau surau untuk sembahyang sunat tarawiah dan kita boleh bangun lewat malam untuk bersahur.

banyak perkara yang Ramadhan bagi tunjukajar dan nasihat kepada kita,bahawa kita mampu mempunyai banyak tenaga untuk berpuasa pada siang hari,kita mampu luangkan masa untuk membaca ayat-ayat suci Al-quran,kita mampu pergi kemasjid untuk menunaikan solat sunat tarawiah dan kita mampu bangun pada lewat malam untuk bersahur.akan tetapi kita tidak mampu untuk melakukan perkara yang tersebut selepas Ramadhan.inilah perkara yang Ramadhan menasihatkan kita.

dalam sebuah hadis"sesungguhnya perkara yang disukai ALLAH adalah amalan yang berterusan dilaksanakan walaupun ia sedikit"riwayat Muslim.

ini bermakna amalan yang sentiasa dilaksanakan dan berterusan tidak terhenti pada bulan-bulan yang tertentu.kenapa bulan Ramadhan mampu untuk berpuasa sampai sebulan,tetapi pada bulan-bulan yang lain sekadar hari isnin dan hari khamis tak mampu untuk berpuasa?kenapa pada bulan Ramadhan mampu untuk datang kemasjid,tetapi pada bulan lain selain ramadhan,tak jumpa jalan untuk kemasjid?,kenapa pada bulan Ramadhan mampu bangun lewat malam untuk bersahur,tetapi pada bulan selain Ramadhan susah untuk bangun berqiammullail?

JANGAN LUPA,KITA BUAT AMAL IBADAH KEPADA ALLAH,BUKAN UNTUK RAMADHAN SAHAJA!!!

Ramadhan..penasihat kita akan meninggalkan kita.apa yang kita dapat daripada penasihat kita ini?agama islam tidak mengajar kita melakukan ibadah dengan banyak tetapi tidak berterusan dan berhenti tetapi islam mengajar kita supaya melakukan abadah dengan berterusan dan sentiasa melaksanakan biarlah ia sangat sedikit.

satu perkara yang dapat pada penasihat Ramadhan kita ialah dapat gunakan masa luang dengan berfaedah dan berguna.ramai dikalangan kita gunakan waktu dengan tidak sia-sia.contohnya,selepas sahur sebelum sembahyang subuh ambil masa untuk membaca Al-quran,sebelum berbuka puasa dengan berzikir dan berdoa.Syiekh Abdul Malik Al-Qosim bagi pendapat beliau dalam sebuah buku supaya menggunakan formula 10 minit dalam mengambil waktu yang luang untuk perkara yang mendatangkan manfaat dengan menggunakan masa 10 minit pada setiap hari.

kita mampu untuk melakukan banyak perkara seperti,membaca Al-quran 10 minit sehari,satu bulan kita akan dapat khatam sebuah Al-quran sebanyak 2 kali!!! mengafal Al-quran 10 minit sehari,8 tahun kita akan ingat sebuah Al-quran!!!berzikir dengan SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR 10 minit sehari,kita akan mendapat lebih kurang 35,000 kali pada masa 1 tahun.

Ramadhan...penasihat kita sudah meniggalkan kita cukup satu bulan.apabila Ramadhan telah pergi,apa yang kita dapat daripada penasuhat kita yang bernama Ramadhan ini?jangan lupa Ramadhan yang akan datang mungkin tidak lagi tersenarai nama kita pada senarai-senarai hamba yang terpilih untuk bersua dengan Ramadhan Almubarak..


WAALAHU TAALA A'LAM



terjemah oleh : bintu A.rahman



annuur say :.ingatan buat penulis dan sahabat-sahabat seperjuangan semua.:










ไม่มีความคิดเห็น: