วันพฤหัสบดีที่ 23 ตุลาคม พ.ศ. 2551

DUA YANG BERBEZA


1. Orang ( yang dikatakan ) fikir pendek

2. Orang ( yang mengatakan diri ) fikir panjang


mereka berdua adalah sahabat sekelas,sama-sama ambil jurusan undang-undang disebuah universiti..pada waktu rehat,mereka berdua dapat berjumpa dan sempat berbual:


orang fikir pendek : apabila kamu tamat belajar nanti,kamu nak buat apa?

orang fikir panjang : kitakan belajar undang-undang,saya mahu jadi perdana menteri wanita
yang pertama dinegara ini.saya nak tangkap semua ahli politik yang
tak adil dalam masalah ini.. biar tak tinggal seorang pun!!

orang fikir pendek : nampak sangat bagus..tetapi..islam tak sokong wanita jadi pemimpin tau.

orang fikir panjang : kamuni..datang dari hutan ke!! sebab orang fikiran macam kamulah..
negara jadi tak maju.sekarang wanita dah sama taraf dengan lelaki tau.!

orang fikir pendek : kalau macamtu..masa naik bas,lelaki tak payah lagi bagi tempat duduk
untuk perempuan...kan?

orang fikir panjang : ah..mana boleh macam tu..lelakikan kaum yang kuat nak banding
dengan wanita,kenalah korban untuk perempuan.

orang fikir pendek : ye ke? ( lepas tu nak sama taraf macammana )

orang fikir panjang : kamu sudah belajar..nak buat apa?

orang fikir pendek : Insya Allah,apabila saya habis belajar.saya nak kerja apa saja yang tidak
tentangan dengan ajaran islam,biarla dapat gaji murah pun.kalau
kahwin,saya nak henti kerja,tinggal dirumah untuk menjaga anak-anak
saya.

orang fikir panjang : kamu nak berhenti kerja!! tinggal dirumah mengasuh anak ke! kenapa
fikiran kamu sangat pendek macamni..

orang fikir pendek : 0_# ???? fikir pendek ke? macammana..

orang fikir panjang : saya cadang la...baik kamu cari pengasuh untuk jaga anak kamu tu
nanti !

orang fikir pendek : ditakdirkan pengasuh anak saya..orangnya kurang berakhlak,solatpon
kadang-kadang..lagi..mana anak saya akan dapat kasihsayang daripada
ibunya sendiri?pengasuh dengan ibu sendiri sangat beza jagaannya..
saya mahu anak saya membesar dalam acuan islam dan juga
penuh kasihsayang..

orang fikir panjang : kamu nak jaga anak..lepastu biarkan suami kamu yang berkerja
sorang-sorang?saya rasa tak cukup untuk sara hidup keluarga kamu tu.

orang fikir pendek : rizki itu kan adalah kerja Allah,kalau kita fikir tak cukup..memang tak
cukup.boleh jadi saya akan buat perniagaan kecil-kecilan dirumah
untuk meringankan beban suami saya.

orang fikir panjang : kamu telah usaha belajar sampai ijazah..dah la habis duitpun banyak,
masa lagi yang telah habiskan..bukannya sekejap! nak jadi penjual kedai
runcit saja ke..saya rasa baik kamu berhenti belajar sekarang danterus
kahwin sekarang..lebih baik!!

orang fikir pendek : erm...memang betul,tapi saya fikir..kalau saya belajar sampai darjah
enam saja..nanti anak-anak saya tanya soalan tentang tasawuf,saya
mampu ke bagi jawapan itu,kalau anak tanya soalan tentang metrik,
soalan untuk menyelesaikan fragment macammana,boleh ke saya
menjawab..dan solan yang lain-lain lagi..
orang fikir panjang : lepastu...kamu tak fikir untuk nak bantu negara dan masyarakat
kamu ke !!

orang fikir pendek : saya membina manusia yang berkualiti..membina insan mithali..
itu..tak berguna lagi ke..

.:wallahu aalam:.

annuur says : kepada sahabat..sahabat akan memilah siapa diantara berdua ini.cuba fikir
dan fikir yer..jumpa lagi pada masa yang lain..salamah...(^_^)

วันอังคารที่ 21 ตุลาคม พ.ศ. 2551

MATHEMATICS OF LIFE


Just want to join a miracle of math.

1 x 8 + 1 = 9

1 2 x 8 + 2 = 9 8

1 2 3 x 8 + 3 = 9 8 7

1 2 3 4 x 8 + 4 = 9 8 7 6

1 2 3 4 5 x 8 + 5 = 9 8 7 6 5

1 2 3 4 5 6 x 8 + 6 = 9 8 7 6 5 4

1 2 3 4 5 6 7 x 8 + 7 = 9 8 7 6 5 4 3

1 2 3 4 5 6 7 8 x 8 + 8 = 9 8 7 6 5 4 3 2

1 2 3 4 5 6 7 8 9 x 8 + 9 = 9 8 7 6 5 4 3 2 1


1 x 9 + 2 = 1 1

1 2 x 9 + 3 = 1 1 1

1 2 3 x 9 + 4 = 1 1 1 1

1 2 3 4 x 9 + 5 = 1 1 1 1 1

1 2 3 4 5 x 9 + 6 = 1 1 1 1 1 1

1 2 3 4 5 6 x 9 + 7 = 1 1 1 1 1 1 1

1 2 3 4 5 6 7 x 9 + 8 = 1 1 1 1 1 1 1 1

1 2 3 4 5 6 7 8 x 9 + 9 = 1 1 1 1 1 1 1 1 1

1 2 3 4 5 6 7 8 9 x 9 + 1 0 = 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1


9 x 9 + 7 = 8 8

9 8 x 9 + 6 = 8 8 8

9 8 7 x 9 + 5 = 8 8 8 8

9 8 7 6 x 9 + 4 = 8 8 8 8 8

9 8 7 6 5 x 9 + 3 = 8 8 8 8 8 8

9 8 7 6 5 4 x 9 + 2 = 8 8 8 8 8 8 8

9 8 7 6 5 4 3 x 9 + 1 = 8 8 8 8 8 8 8 8

9 8 7 6 5 4 3 2 x 9 + 0 = 8 8 8 8 8 8 8 8 8


Brilliant, isn' t it ?

and finally..take a look at this symmetry;


1 x 1 = 1

1 1 x 1 1 = 1 2 1

1 1 1 x 1 1 1 = 1 2 3 2 1

1 1 1 1 x 1 1 1 1 = 1 2 3 4 3 2 1

1 1 1 1 1 x 1 1 1 1 1 = 1 2 3 4 5 4 3 2 1

1 1 1 1 1 1 x 1 1 1 1 1 1 = 1 2 3 4 5 6 5 4 3 2 1

1 1 1 1 1 1 1 x 1 1 1 1 1 1 1 = 1 2 3 4 5 6 7 6 5 4 3 2 1

1 1 1 1 1 1 1 1 x 1 1 1 1 1 1 1 1 = 1 2 3 4 5 6 7 8 7 6 5 4 3 2 1

1 1 1 1 1 1 1 1 1 x 1 1 1 1 1 1 1 1 1 = 1 2 3 4 5 6 7 8 9 8 7 6 5 4 3 2 1


.: MASYA ALLAH :.


annuur says : syukran untuk ukhti huda

jalan-jalan kenal Bangkok (1)


kepada sahabat semua.kali ini saya ada gambar suasana bandar Bangkok untuk sahabat melihat sebagai buahtangan saya untuk semua. pada pertengahan oktober yang lepas,saya berpeluang pergi menziarahi kakak yang berada disana dan dapat juga pergi ditempat-tempat yang menarik dan tangkap gambar suasana ibu negara Thailand ini.memang banyak tempat yang menarik.kepada sahabat yang ingin pergi melancong ke Bangkok,Insya Allah saya akan bawakan kalian pergi,itupun kena tunggu saya balik dari mesir dulu yer ( khas untuk hawa sahaja )

(^_^)


.: ini panggil SANAM LUANG (THE ROYAL FIELD) :.


.: ini juga sekitar kawasan istana :.




.: kereta tuk tuk,memang banyak di Bangkok :.






.: itudia istana,tak dapat masuk harini :.







.: sekitar luar kawasan istana :.

วันพฤหัสบดีที่ 2 ตุลาคม พ.ศ. 2551

SALAM AIDULFITRI


selamat hari raya aidulfitri buat semua sahabat-sahabat.harini adalah hari yang sangat istimewa
buat ummat islam..kerana kita ada hari raya dua kali sahaja dalam setahun.hari raya aidulfitri
dan juga hari raya aidul adha..alhamdulillah dan bersyukur sangat,dalam kesibukan beraya dapat juga saya menulis pada kali ini. syukur dapat beraya bersama keluarga tersayang di bumi thailand ini,raya aiduladha nanti kena beraya dibumi mesir pula,apapun memang sangat seronok dapat jumpa dan bersalaman dengan sanaksaudara dan juga sahabat-sahabat lama yang telah 2 tahun saya tidak bersua dengan mereka. teringat juga dibumi iskandariah,tahun lepas beraya bersama sahabat-sahabt di sana,boleh kata dapat berziarah dan makan dalam tempoh seminggu selepas raya pertama.kepada ahli bait yang sangat dikasihi,kak huda semoga dalam keadaan selamat dan rahmat sentiasa,kak faie yang berada di brunie dan kak jie,kak wani semoga ceria selalu,sabariah.. sahabat seperjuangan semoga diri sentiasa sihat dan happy sokmo,asiah,mama syida juga ..buat kuih banyak-banyak,simpan untuk saya juga.semoga boleh jumpa lagi di bumi malaysia nanti.insyaallah.dan juga sahabat-sahabat semua khususnya di bumi iskandariah yang sangat dirindui semoga kita dapat bertemu lagi pada bulan 11 yang akan datangni.insya allah.apapun alhamdulillah yang tiada kesudahan buat kita semua yang dapat berpuasa dan beraya,dalam keseronokan beraya ,teringat pulak kepada saudara kita yang kurang bernasibbaik,dengan tidak ada pakain untuk beraya,dengan tidak ada tempat tinggal ada juga yang tidak dapat bersama keluarga.kita yang allah kurniakan semuanya alhamdulillah ,kenalah bersyukur dan
sentiasa ingat kepadaNYA. dengan limpah rahmat dan juga kasihsayang,dapat kita beraya dengan ada serba cukup.dengan pakaian,kuih yang bermacam-macam kuih dan juga rezeki yang allah bagikan biarlah sekadar sahaja,kena bersyukur.tolong menolong sesama saudara kita.yang mampu kena bantu yang kurang kemampuan dari segi kewangan dan keperluan.kerana kita seagama dan saudara seislam.jadi dalam suka kita beraya jangan lupa lihat dibelakang kita,ada adik-adik kita,abang,kakak,pak cik ,mak cik yang sedang menanti kita untuk menolongnya.jangan fikir itu beban bagi kita untuk menolong mereka semua,tapi itu adalan bonus yang allah bagi untuk kita mendapatkannya,kan mudah saja nak dapat pahala.sama-samalah kita rebut peluang yang allah bagikan ini (^_^)