วันอังคารที่ 10 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2552

MUTIARA KATA HASAN AL-BASHRI




Sebagai tanda seorang muslim ialah :


:: kuat dalam memegang agama


:: keras hati tetapi disertai dengan lemah lembut


:: beriman dengan menggunakan keyakinan


:: berpengetahuan disertai penuh kesabaran


:: berfikiran panjang disertai kasihsayang


:: memberikan mana yang hak kepada orang lain dan mengikuti jalan yang benar


:: bersikap sederhana meskipun kaya


:: menunjukkan kebaikan (kecukupan) sekalipun dalam kekurangan (miskin)


:: berbuat baik selagi masih berkuasa melakukan


:: menanggung segala penderitaan dengan berusaha menghilangkannya


:: selalu bersabar dalam kesulitan


:: tidak dikuasai oleh perasaan marah


:: tidak sombong


:: membela pada yang hak


:: tidak tunduk pada nafsu shahwat


:: tidak tamak haloba dan bercita-cita tinggi


:: ia suka menolong orang yang teraniaya


:: belaskasihan pada yang lemah


:: tidak kedekut dan boros


:: tidak membazir dan tidak keterlaluan dalam menggenggam hartanya


:: suka memaafkan jika dizalimi dan terhadap orang yang menyakitinya


:: tabah dan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang ramai dan bercukupan dengan sikapnya yang sedemikian


(PENAWAR BAGI HATI)

MANUSIA IBARAT BULATAN?


Manusia ibarat bulatan, mempunyai banyak perspektif dapat dilihat, terdapat 360 darjah untuk mengenali seseorang.tetapi ramai yang berhenti sekadar 1 darjah sahaja, mereka terus memikirkan keseluruhannya tanpa mengkaji sehingga cukup 360 darjah.

Justeru, melabelkan apa yang jelas kelihatan tanpa mengenali keseluruhannya akan menjadikan seseorang induvidu berfikiran negatif...tetapi apabila seseorang itu terus mengelilingi bulatan hingga akhir, darjah demi darjah sehingga berhenti diakhirnya, dan menukar arah pusingan supaya dapat mengetahui yang tersirat;mereka akan berkata bahawa bukan seperti yang difikirkan, berubah dari tafsiran awal.

Oleh itu, untuk mengenal seseorang, cubalah mengelilingi bulatan hingga keakhirnya.baru kita ketahui bahawa seseorang individu itu mempunyai banyak perspektif yang berbeza dapat dilihat,bukan kita terus mentafsir seseorang setakat zahir atau mula2 perkenalan itu sahaja...kerana seseorang yang kita kenal itu lebih baik daripada apa yang kita sangkakan sebelum ini...